Sunday, June 28, 2009

Penat

Assalamu'alaikum,

Atsui. Stereng kereta dah mula membakar tangan. Dah lebih dua minggu berakhirnya mid term exam. Alhamdulillah, zentaitekini boleh tersenyum, cuma ada dua subjek yang buat aku panas badan sikit, kena sedia untuk seterusnya.

Ni la bilik aku. Lebih dari cukup.

Jisatsu,

Di sekolah baru ni, selain aku, ada dua orang rakan kelas sekolah lama di Akita turut belajar bersama. Baru-baru ni dapat berita kawan lama di Akita, (aku namakan dia "S kun") dah jisatsu. Bikkurishita. Semua orang akan mati, cuma tak sangka S kun mati dengan jisatsu. Orangnya baik saja, badan pun sedang-sedang, bukan calon untuk dibuli. Cuma asyik mengalah kalau bergurau.

Aku: nande jisatsushita no kana.... (kenapa dia bunuh diri ye)

Itoh(kawan): wakaranai. tsukaretanokana.... (Tak tau. Dah penat kot)

Aku masih tidak faham apa yang kawan aku maksudkan dengan "penat". Jadi dua orang kawan aku ni ajak balik Akita untuk bagi penghormatan kat S kun, tapi aku tak ikut sebab ada alasan lain. Kesian dengan kawan aku ni, sebab dia baik, tapi masih belum kembali kepada fitrah ketika dia mati.

Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (3:85)

Berdoalah untuk ummat manusia, tapi jangan lupa berdoa untuk diri kita, moga dimatikan dalam keadaan Islam dan Iman.

Tsutzuku....
1) atsui = panas
2) jisatsu = bunuh diri
3) bikkurishita = shocked, terkejut
4) zentaitekini = secara keseluruhannya

Tuesday, June 23, 2009

Rebah yang tidak berbangkit lagi

Assalamu'alaikum,

Kawan aku kata semangat tu macam biskut, sekejap ada sekejap tak ada.

Apa yang kita buat biarlah berdasarkan kefahaman. Semangat itu penting, supaya outputnya maksimum. Tapi terasnya biarlah berdasarkan kefahaman.

Aku ingin berkongsi nasihat dari seorang sahabat, yang juga bekas jurulatihku, ketika bertemu dengannya pada natsu tahun lepas di tanah air.

"Ada orang bersemangat buat kerja. Cergas bila bersama kawan-kawan lain. Tapi lupa jaga hubungan dengan ALLAH. Sampai bila didatangkan suatu ujian berat, dia rebah, rebah dan tidak bangkit lagi."

Sentiasalah kita jaga hubungan dengan ALLAH. Kita memerlukan bekal dalam perjalanan hidup ini. Kita memerlukan bekal untuk laluan yang kita pilih ini.

tsutzuku....

nota sisi:
1) natsu = musim panas

Thursday, June 11, 2009

Ojigi

Assalamu'alaikum,

Khamis lepas aku ikut kelas nihon jijou. Kali ni sensei cerita pasal business manner dan serba sedikit adat nihonjin. Dan salah satunya tentang ojigi. Ojigi ni cara nihonjin menunjukkan rasa hormatnya iaitu dengan menundukkan kepala dan membongkokkan badan. Kalau kita biasa dengan bersalam, nihonjin dengan ojigi.


Nihonjin agak sensitif dengan body contact, ni berdasarkan apa yang aku baca la. Bukan langsung tak boleh cuma tak biasa. Bukan suatu yang menghairankan jika kita menghulurkan tangan untuk bersalam dengan nihonjin, mereka akan salam tapi genggagamannya longgar. Malu-malu la tu.

Sudut bongkokan badan ketika ojigi juga berbeza mengikut situsi. Berdasarkan apa yang sensei aku cerita.

10 Darjah
Biasanya di kedai. Apabila ada pelanggan lalu sebelah pekerja, pekerja itu akan bagi ojigi 10 degree. Mochiron, tak semua pekerja buat.

30 Darjah
Paling lazim dibuat. Ketika menziarah rumah, bertemu seseorang buat pertama kali, sebelum memulakan ucapan dan lain-lain.

45 Darjah ke atas
Ketika memohon maaf atau mengucapkan terima kasih yang amat sangat.



Yang aku nak cerita sebenarnya.

Memang unik ojigi ni.

Tapi terdetik pula di hati, adakah rukuk aku dah sempurna. InsyaAllah mudah-mudahan. Hikmah dari kelas yang lepas = "mengetuk" diri agar muhabasah perlaksanaan solat.

tsutzuku...

nota sisi;
1) mochiron = of course, sudah pasti
2) nihonjin = orang jepun
3) ojigi = (rujuk entri di atas)
4) tsutzuku = bersambung, to be continued
5) nihon jijou = Japan affair

Tuesday, June 2, 2009

Minggu keemasan

Assalamu'alaikum,

kokubang


Shiken di sekolah baru ni lain sikit. Kalau di sekolah lama dulu, satu minggu ditetapkan khas untuk shiken. Maka semua pelajar akan menempuhi minggu tersebut dengan pelbagai ragam. Ada yang tak tidur berhari-hari untuk benkyou. Apa boleh buat, hari ni dua ketul, esoknya pula beberapa ketul lagi menanti, hinggalah selesai satu minggu. Tapi di sekolah baru, shiken terpulang pada sensei, dan lazimnya memang akan ada ruang untuk setiap subjek. Minggu ni dua, minggu depan pulak tiga. Begitulah. Cuma silibus di sekolah baru ni, lebih luas dan susah, jadi bukanlah bermakna aku boleh goyang kaki.

Cuti golden week

Minggu keemasan

Setiap kali awal bulan Mei, Jepun akan ada cuti yang dipanggil "golden week", biasanya lebih kurang empat atau lima hari. Aku pun tak tau kenapa dipanggil golden week tapi boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut. Dan pada golden week yang lepas aku telah ke Kannonzaki di Kanagawa-ken untuk menyertai golden week gathering IPIJ. Alhamdulillah, dengan tema al-mu'allim, peserta diajak merenung kembali kepentingan sirah Rasulullah s.a.w. dan beberapa prinsip kejayaan baginda untuk diambil pengajaran dan diaplikasikan.


Peta perjalanan

Al-Mu'allim

Orang barat juga tidak ketinggalan mengkaji sirah Nabi s.a.w. Antara sebabnya ialah.... simply because Muhammad s.a.w. is the greatest man! Mereka mengkagumi baginda, biarpun jika mereka tidak menyukai baginda. Seorang penulis barat Michael A. Hart di dalam bukunya menulis " he was the only man in history who was supremely successful on both the reliegious and secular levels."

Bagi kita yang telah melafazkan syahadah, perlu lebih dari itu. Mengimani para Rasul adalah salah satu dari komponen iman, jika rosak maka rosaklah semuanya. Ibarat susunan domino, jatuh satu, maka jatuh semua. Adalah suatu yang janggal, apabila seseorang berkata dia cintakan Islam tetapi dia tidak kenal, atau tiada usaha mengenal manusia yang mengajar Islam yang dicintainya. Mengkaji sirah Rasulullah S.A.W. itu ialah mengkaji Islam secara praktikal.

Aku ingin berkongsi kata-kata Said Ramadhan Al-Buti di dalam bukunya fiqh al-sirah;
"....hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah S.A.W." "Tidak syak lagi bahawa mempelajari sejarah hidup Muhammad S.A.W. ialah memahami semua sudut kemanusiaan."

Zaman muda ku,
Entah kenapa sebelum datang ke bumi sakura, persepsiku jauh berbeza. Apabila disebut Rasulullah Muhammad S.A.W. ,yang berlegar di fikiranku hanyalah Maulidur Rasul dan sambutan Ma'al Hijrah. Dan sekali sekala teringat peristiwa Israk Mikraj. Aku pun tak berapa ingat apa yang dah diajar di sekolah berkenaan sirah. Mungkin salahku juga sebab tak serius belajar. Atau silibusnya banyak lompat-lompat?

Bagi pengunjung-pengunjung orenojinsei, inginku jemput membaca sesuatu. Tulisan yang telah mengubah persepsiku terhadap sirah. Klik sini

Unten Mengkyo,
Sedang berhajat untuk mendapatkan unten mengkyo Jepun, cuma prosesnya sedikit rumit. Mustahil untuk mendapatkannya dalam masa terdekat tapi memang sangat berhajat.Doakan aku. Last but not least untuk yang akan bershiken, ganbarou!

Tsutzuku...

Nota sisi;
1) shiken = peperiksaan
2) unten mengkyo = lesen memandu
3) benkyou = study
4) Mu'allim = guru, teacher
5) kokubang = papan hitam, blackboard
6) sensei = guru
7) ganbarou! = ayuh berusaha ! <---- (lebih kurang macam ni lah dalam bahasa Melayu.)