Saturday, September 29, 2007

The end of summer holiday...

Assalamu'alaikum,

Semester baru akan bermula lusa, 1 Oktober. Azam kali ni, nak kekalkan prestasi . There is a little change in the subjects I m taking. I am finished with Electric circuits, electromachinery conversions and computer graphics. But new stuffs will pop up soon. I m looking towards control engineering, since I have been exposed with it during my internship.
Hehe saja test English aku. Rasanya macam bagus jugak kalau aku cuba tulis dalam English sekali sekala. Nanti nak guna jugak. Kat sini asyik guna nihongo, memang jarang guna English. Ilmu kalau lama ditinggalkan nanti hilang. Ilmu agama pun. Rajin-rajinlah belajar.

Tiada apa yang istimewa untuk post kali ni. Cuma nak ceritakan tentang semester baru. Dan sekarang kita dah nak masuk 10 malam terakhir Ramadhan. Berlumba-lumbalah beribadah. Thats all for now. Till next time.Tsutzuku...

Nota sisi:

nihongo-bahasa jepun

Tuesday, September 11, 2007

I'm back home

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah aku selamat kembali. Internship selama 2 minggu dah habis. Kalau dibanding dengan LI di Malaysia, tempoh 2 minggu tu sangatlah pendek. Nak kata sangat seronok tak juga tapi pengalaman berharga. Tapi kecewa skit sebab tak dapat ambil banyak gambar. Tak dibenarkan amik gambar dalam kawasan kilang tu atas sebab-sebab keselamatan dan penjagaan rahsia syarikat. Ingat nak cuba jugak amik tapi kalau kantoi habih la aku.

Internship,

Selama dua minggu di kilang hitachi oomika, ibaraki ken, aku belajar pasal resolver. Resolver ialah sejenis alat untuk ukur sudut putaran. Tak reti nak cerita panjang. Boleh rujuk wikipedia untuk penerangan ringkas. Tapi kebanyakan masa digunakan di hadapan laptop untuk debug program yang akan digunakan untuk resolver tu. Walaupun aku tak cekap sangat C language, alhamdulillah, boleh jugak buat kerja dan bagi sumbangan.


Ibaraki ken


Hitachi City



Bertolak ke Ibaraki ken bersama rakan kelas


Densha waktu pulang

Dan dari internship di sini aku dapat faham budaya kerja nihonjin. Bila aku tanya tutor aku di kilang pukul berapa dia balik rumah, dia kata selalunya pukul 10 atau 11 malam. Semangat kerja melampau. Dan bila ditanya kenapa kerja lama sangat, dia jawab kalau balik awal pun takde benda nak buat kat rumah, jadi baik buat kerja. Tapi kebanyakan staf yang kerja hingga malam ni orang muda dan bujang. Kalau yang dah berkeluarga dan berusia mereka selalunya balik lebih awal, sekitar pukul 7 malam. Kisah internship berakhir di sini.


Membuat gyoza

Dan untuk rakan-rakan di Jepun, di sini ada peluang untuk bersedekah.

http://www.ipij.info/modules/news/article.php?storyid=26

Selamat berpuasa dan beribadah(",). Pastikan puasa dihiasi dengan amal dan tidak dicemari perkara mungkar. Tsutzuku..

Assalamu'alaikum

Nota sisi;
nihonjin-orang jepun
gyoza-dumpling jepun(bentuk nak macam karipap)